Kenali Lebah Kelulut @ Trigona

Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

FIZIKAL LEBAH KELULUT

Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

CIRI-CIRI KHAS

Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara. (Gambar: Menunjukkan perbandingan saiz lebah kelulut dengan lebah tempatan).

JENIS LEBAH KELULUT

Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.

Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

FAQ Lebah Kelulut

Apa beza dgn Penternakan lain seperti Ruminan (Kambing-Berbiri-Lembu), Unggas (Ayam-Itik-Angsa) dan Ikan dll?

■ Adakah lebah kelulut mempunyai SENGAT?

- TIDAK kerana ia dikategorikan sebagai “stingless bee”, lebah yang tidak bersengat dan tidak membahayakan orang lain.

- Di Malaysia terdapat 32 spesis telah ditemui dan lebah sangat sesuai diternak di Negara iklim Khatulistiwa.

■ Adakah Lebah Kelulut dalam kategori Lebah spt yang disebutkan dalam Al-Quran?

- YA dan Dalam Al Quran hanya menyebut LEBAH.

- LEBAH dari family APIDEA, iaitu serangga yang memakan nektar dan debunga seperti yang disebutkan dalam Al-Quran

- APIDAE dipecahkan kepada Sub Family APINEA mengikut ilmu Entomologi (kaji serangga) iaitu;

i. Lebah Apis (Lebah menyengat spt lebah Tualang (Apis Dorsata), Lebah Import (Apis Melifera), Lebah Cerana/Kampunf (Apis Cerana) – APICULTURE

ii. Lebah Bombus – Bumble Bee (Lebah kecil) yang berbulu dan suka berbunyi buzzzz. – BOMBICULTURE

iii. Lebah Trigona/Melipona – Lebah tidak bersengat inilah LEBAH KELULUT. – TRIGONACULTURE/MELIPONICULTURE

■ Dr segi Modal Awal

- Lebah kelulut hanya perlu beli batang kayu atau yang dah siap masuk dalam kotak shja. Dlm lingkungan 200-300(utk batang kayu) atau yang dalam kotak siap (500-800) shja.

- Berminat boleh dapatkan dari org yg dipercayai dan berpengalaman serta berkepakaran.

■ Makanan?

- Lebah tidak perlu diberi makan setiap hari seperti rumanan, unggas dan ikan. JIMAT KOS OPERASI.

- Anda cuma perlu sekali Tanam shja tanaman yang mempunyai Nektar (Manisan) dan Polen (Debunga) utk dijadikan sumber makanananya.

■ Pengurusan?

- Pengurusan nya sangat minimum berbanding haiwan ternakan lain disebabkan tidak perlu diberi makan, hanya perlu perhatikan keadaannya bebas dari serangga perosak, kulat, kemasukan hujan dan terlampau panas shja. Yg ptg lebah bagi anda makan

- Sangat sesuai utk yg nak buat secara PART TIME, sebab anda boleh tinggal di ladang dan dirumah sewaktu ingin pergi berkerja atau bercuti.

■ Hasil dan pendapatan macamana?

- Ada yang mengatakan hasil madu mencecah 5kg?!! WOW!! — hati2 ramai yg jenis mata duitan suka guna angka2 yg WOW supaya dapat menyakinkan anda membelinya, apa tidaknya cuba 5kg x RM240= RM1200/koloni dah hasil, jika 50 koloni? Jadi hati2 dan jangan percaya benda yg tak rasional.

- Realitinya dalam 200-600gram waktu musim biasa dan 800-1.8kg waktu musim bunga secara purata.

- Jika ada mula dgn kecilan 50 koloni x 400gram (ambil hasil purata penternak dpt): 20kg x rm240 = RM4,800/bulan – bergantung pd sumber makanan

- Harga pasaran runcit RM240/kilo, 3 kali ganda lebih mahal daripada madu lebah biasa.

■ Khasiatnya mcmna?

- Daripada kajian pihak Mardi dan USM Kubang Kerian, ringkas yang boleh diterangkan khasiatnya 2-3 x ganda daripasa madu lebah biasa, setanding harganya.

■ Adakah ia madu Asli?

- YA, tak puas hati anda boleh ternak sendiri di laman rumah anda, bila madunya penuh anda boleh tuai.. dijamin ASLI 100%

- 1 rumah 1 koloni, insyaAllah bebas madu tiruan.

■ Macamana nak ikuti Kursus Lebah Kelulut?

- Layari web www.lebahkelulut.com, InsyaAllah ada setiap bulan dengan pakar2 yg bertauliyah dan modul serta amali yg praktikal dibuat dirumah.

- Berpengalaman lebih 5 tahun dalam industri ini.

Moga ringkasan ini dapat membantu rakan2 yg masih tercari2 info ttg ternakan lebah kelulut.

Ditulis oleh;

Mohd Hisyamuddin Ghazali Owner web WWW.LEBAHKELULUT.COM
Setiausaha Persatuan Apiterapi Malaysia